Catatan Popular

Februari 08, 2011

Sejarah yang terhidang

aku menulis lagi.selepas mendapat ilham.cadangan ni asalnya dari seorang kawan istimewa aku..(z) selepas kami borak2..so aku pon nak tulis la sedikit sejarah kampung aku..japppppp...berapa ramai orang-orANG diluar sana tau asal usul kampung mereka?...ingat sejarah itu adalah wajah kita..hahhaha
sejarah kampung limau kasturi (LK)..
"Kampung Limau Kasturi diteroka oleh sekumpulan saudagar dari Sumatera sekitar tahun 1909. Mereka telah menemui emas di kawasan kampung dan ia telah menarik minat penduduk di kawasan-kawasan lain untuk membuat penempatan di sini. Nama kampung diambil daripada pokok limau kasturi yang terdapat di kampung ini suatu ketika dahulu"
wowwww itu adalah sejarah yang cukup lama.tahun 1909-2011 = 102 tahun...sudah melebihi usia Kg.Baru di KL.kata orang2 tua .."kapung kito ni awe..lamo benar doh.sejarah kita bermula dari dulu.tu sungai galas tu..ikot ceritanya pernah menjadi laluan Dato Bahaman maso dio berundur dari Pahang..(wallahua'alam).kito ado lombong mas...kalu bukan kerana oghe putih ngn puokkomenis jahat tu.puak2 kito ni kayo rayo blako doh"-ni luahan warga tua di kampung aku.sedih ade.bangga pon ade,bukan ape xramai orang muda cam aku ni dapat cerita sejarah dari orang2 tua..
Kampung Limau Kasturi Ni pernah merakam sejarah hitam sebab pernah terlibat dalam "peristiwa darurat komunis..

Sekolah
"Diakhir tahun 20an emas telah dijumpai dikampung limau kasturi. Sebuah syarikat British datang membuka lombong dikampung ini. Berikutnya penduduk kampung ini bertambah ramai.

Memandangkan kanak-kanak di sini terbiar dan tidak berpelajaran maka pada tahun 1931, serombongan 3 orang di ketuai oleh penghulu Yaakub Bin Mat Salleh telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail ( sultan Kelantan pada masa itu) memohon seorang guru dihantar ke kampung ini. Dengan titah baginda,seorang guru telah di hantar ke kampung ini dan sebuah sekolah didirikan secara bergotong-royong. Sekolah ini diberi nama “Sekolah Melayu Limau Kasturi” dengan mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Pada akhir tahun 1940, sekolah ini terpaksa di tutup dan penduduk kampung ini lari meningggalkan rumah mereka akibat dari serangan tentera jepun(perang dunia kedua).

Setelah jepun menyerah kalah kepada pihak british, maka pada tahun 1946 pelarian perang dahulu pulang semula ke kampung halaman mereka. Atas daya usaha penduduk kampung ini, sebuah sekolah rakyat didirikan pada tahun 1948. Pada tahun 1953, sekolah ini telah menerima seorang guru yang bertauliah dari kerajaan. Lantaran ancaman dari komunis,pada tahun 1953 sekali lagi penduduk kampong ini,pada tahun 1953 sekali lagi penduduk kampong ini telah meninggalkan kampong halaman mereka dan sekolah ini terpaksa ditutup sekali lagi buat kali kedua.

Selepas keadaan kembali aman, dalam tahun 1948, penduduk pulang kembali ke kampong halaman mereka. Atas daya usaha penghulu Daud Bin Mahmood beserta anak buahnya, sebuah sekolah telah didirikan pada tahun 1962 dan pada tahun ini juga seorang guru kerajaan di hantar kesekolah ini. Sekolah yang baru dibina ini dinamakan “Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi” dengan mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan.

Pada tahun 1966, sekolah yang didirikan oleh orang kampong ini telah roboh. Pihak kerajaan telah bersikap wajar dengan mendirikan sekolah yang roboh itu dengan sekolah yang separuh kekal pada tahun 1967.

japppp..sebut pasal sekolah ni...SKLK ni patotnya berbangga kerana sebuah filem berkisah "CIKGU LIMAU KASTURI "pernah dibikin.lakonan mantap Wan Maimunah + Harun Salim Bachik " ..



SEJARAH ADALAH WAJAH KITA

Tiada ulasan: