Catatan Popular

Februari 25, 2011

sujud syukur

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:





Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP

Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

Februari 22, 2011

Saat doa dikabulkan ALLAH

ALHAMDULILAH...
itu lafaz pertama dan mampu terucap saat penantian aku berakhir...minggu terakhir Feb 2011 ni banyak mengajak aku untuk terus tegar dalam memahami erti syukur kepada Ilahi...

kekadang dalam hidup nie..banyak benda yang kita xjangka..tp bile dah terjadi...disitu ia akan menguji kita.WARAS @ TIDAK.SYUKUR @ KUFUR.Kata para ulama..."MANUSIA AKAN DI UJI DALAM PERLBAGAI BENTUK DAN CARA.KAYA ITU UJIAN.MISKIN ITU UJIAN.saat doa kita masih lagi x diperkenankan Ilahi itu pun ujian; apetah lagi saat doa dikabulkan..itu pun ujian dari ALLAH.ujian untuk tentukan syukur @ kufur dengan nikmatnya..mudahan aku terhindar dari ISTIDRAJ..

wahhhhhhh...nape yer... ni buat aku hepi..
1) 25 feb 2011 = aku diminta lapor diri kat CELCOM
2) 24 feb 2011 = aku diminta lapor diri kat Oil & Gas company..wow teruja aku
3) 1 march 2011 = aku diminta lapor diri kat YAWA (yayasan anak warisan alam)

# mungkin juga dalam minggu nie aku dapat anak sedara baru...:)

alhamdulillah ..mungkin ni berkat doa ibubapa aku yang xputus2 doakan anak2nye.

DOA


اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“ Yaa Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualitas) ibadahku kepada-Mu.”

Doa ini Rasul wasiatkan kepada Muadz bin Jabbal agar senantiasa dibaca setelah shalat. (HR. Abu Dawud, dengan sanad shahih –riyadhusshalilhin, hal 488.

Februari 10, 2011

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

Februari 08, 2011

Sejarah yang terhidang

aku menulis lagi.selepas mendapat ilham.cadangan ni asalnya dari seorang kawan istimewa aku..(z) selepas kami borak2..so aku pon nak tulis la sedikit sejarah kampung aku..japppppp...berapa ramai orang-orANG diluar sana tau asal usul kampung mereka?...ingat sejarah itu adalah wajah kita..hahhaha
sejarah kampung limau kasturi (LK)..
"Kampung Limau Kasturi diteroka oleh sekumpulan saudagar dari Sumatera sekitar tahun 1909. Mereka telah menemui emas di kawasan kampung dan ia telah menarik minat penduduk di kawasan-kawasan lain untuk membuat penempatan di sini. Nama kampung diambil daripada pokok limau kasturi yang terdapat di kampung ini suatu ketika dahulu"
wowwww itu adalah sejarah yang cukup lama.tahun 1909-2011 = 102 tahun...sudah melebihi usia Kg.Baru di KL.kata orang2 tua .."kapung kito ni awe..lamo benar doh.sejarah kita bermula dari dulu.tu sungai galas tu..ikot ceritanya pernah menjadi laluan Dato Bahaman maso dio berundur dari Pahang..(wallahua'alam).kito ado lombong mas...kalu bukan kerana oghe putih ngn puokkomenis jahat tu.puak2 kito ni kayo rayo blako doh"-ni luahan warga tua di kampung aku.sedih ade.bangga pon ade,bukan ape xramai orang muda cam aku ni dapat cerita sejarah dari orang2 tua..
Kampung Limau Kasturi Ni pernah merakam sejarah hitam sebab pernah terlibat dalam "peristiwa darurat komunis..

Sekolah
"Diakhir tahun 20an emas telah dijumpai dikampung limau kasturi. Sebuah syarikat British datang membuka lombong dikampung ini. Berikutnya penduduk kampung ini bertambah ramai.

Memandangkan kanak-kanak di sini terbiar dan tidak berpelajaran maka pada tahun 1931, serombongan 3 orang di ketuai oleh penghulu Yaakub Bin Mat Salleh telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail ( sultan Kelantan pada masa itu) memohon seorang guru dihantar ke kampung ini. Dengan titah baginda,seorang guru telah di hantar ke kampung ini dan sebuah sekolah didirikan secara bergotong-royong. Sekolah ini diberi nama “Sekolah Melayu Limau Kasturi” dengan mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Pada akhir tahun 1940, sekolah ini terpaksa di tutup dan penduduk kampung ini lari meningggalkan rumah mereka akibat dari serangan tentera jepun(perang dunia kedua).

Setelah jepun menyerah kalah kepada pihak british, maka pada tahun 1946 pelarian perang dahulu pulang semula ke kampung halaman mereka. Atas daya usaha penduduk kampung ini, sebuah sekolah rakyat didirikan pada tahun 1948. Pada tahun 1953, sekolah ini telah menerima seorang guru yang bertauliah dari kerajaan. Lantaran ancaman dari komunis,pada tahun 1953 sekali lagi penduduk kampong ini,pada tahun 1953 sekali lagi penduduk kampong ini telah meninggalkan kampong halaman mereka dan sekolah ini terpaksa ditutup sekali lagi buat kali kedua.

Selepas keadaan kembali aman, dalam tahun 1948, penduduk pulang kembali ke kampong halaman mereka. Atas daya usaha penghulu Daud Bin Mahmood beserta anak buahnya, sebuah sekolah telah didirikan pada tahun 1962 dan pada tahun ini juga seorang guru kerajaan di hantar kesekolah ini. Sekolah yang baru dibina ini dinamakan “Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi” dengan mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan.

Pada tahun 1966, sekolah yang didirikan oleh orang kampong ini telah roboh. Pihak kerajaan telah bersikap wajar dengan mendirikan sekolah yang roboh itu dengan sekolah yang separuh kekal pada tahun 1967.

japppp..sebut pasal sekolah ni...SKLK ni patotnya berbangga kerana sebuah filem berkisah "CIKGU LIMAU KASTURI "pernah dibikin.lakonan mantap Wan Maimunah + Harun Salim Bachik " ..



SEJARAH ADALAH WAJAH KITA

Februari 07, 2011

kelainan dan kepuasan


dah lama aku tak menulis dalam blog aku ni.xtahu la nape..
dalam aku membaca sebuah majalah local..terpandang sedkit antara corak design bangunan yang unik di dunia.
"LIHAT REKAAN INI BERDASARKAN KREATIVITI OTAK MANUSIA DALAM MENCARI KELAIAN DAN KEPUASAN DIRI"