Catatan Popular

Februari 21, 2010

nurani lelaki

Lelaki semakin LIAR jika di kawal ..bukan LIAR

SEORANG wanita bertanya kepada seorang lelaki,bagaimana cara untuk seorang isteri mengatur dan mengawal seorang suami. jawapannya mudah saja: jangan mengawal dan mengwasininya.!!

mengatur lelaki bermakna mengawal kebijaksanaannya. ia umpama mencabar ego supaya lelaki untuk berlaku curang. mungkin menjadi fitrah lelaki..semakin dikawal-semakin liar jadinya.
cara terbaik untuk "mengawal" dan menawan jiwa lelaki ialah dengan belaian kasih sayang dan kepercayaan. tidak sukar untuk wanita itu memahami jiwa lelaki kerana geraknya lebih terbuka dan mudah ditelah.

melakukan hal yang mudah yang sering di anggap temeh boleh menawan hati lelaki. jangan memandang enteng perkara sebegini kerana ia menjadi pemanis hubungan dua jiwa.

contoh yang jelaS...umpama si suami ini kaki bola dan sanggup berjaga malam di kedai mamak bersama teman-temanya,cuba ambil tahu perkembangan semasa mengenai pasukan kegemaran sang suami.
bila tiba hari jadi nya: cuba hadiakan pada pasanagan anda sepasang jersi pasukan kegemaran nya.alangkah indah dan terharunya suami bila mendapat sokongan dari isteri @teman wanita nya.

bayangkan sang suami rela hati memakai jersi pasukan kegemarannya untuk bermain di padang bersama rakan bola mereka.

berbunga hati anda @pasangan jika dihargai sedemikian rupa.JANGAN INGAT KOMUNIKASI MARAH-MARAH DAN MENGUNGKIT HAL LAMA AKAN DAPAT MENGAWAL PASANGAN ANDA WALAUPUN BIASANYA LELAKI AKAN BERDIAM DIRI..DIAM BUKAN BEERTI TAKUT DAN TUNDUK!!!

Februari 16, 2010

masih ada lagi orang MELAYU seperti itu...

tadi ade terbaca dalam harakah daily...pasal orang melayu kaya...ni sedikit petikan dalam teks penulis
"
Mokhzani Mahathir, Syed Mokhtar al-Bukhari, Azman Hashim dan Nazir Razak dikatakan antara orang paling kaya di Malaysia masa kini. Harta mereka dihitung bilion. Mereka orang Melayu.
“Wahai orang Melayu semua, adakah kalian tidak rasa bangga? Bangsa kita ada yang kaya. Bukan saja kaya, tapi kaya-raya. Bukan jutawan tetapi bilionwan. Ayuh… mari kita berbangga.”
Pak At Lat Seribu, Din Jejawi Dalam, Kak Piah Batas Keretapi, Som Bawah Bukit tentu boleh berbangga. Ada juga orang Melayu yang kaya-raya. Ingatkan semua orang Melayu sama saja. Merempat, melanuih, makan ikan kering, sayur kangkung dan taugeh lembik.
Rupanya ada juga orang Melayu yang pandu Porsche. Sarapan pagi di KL dan makan tengahari di Manila. Isteri bawa beg tangan kulit buaya ratusan ribu. Anak pakai baju T ribuan ringgit sehelai. Pasu bunga di atas anak tangga ke tingkat empat rumah bernilai ribuan ringgit.
Tak apalah, sekurang-kurannya Pak At, Din, Kak Piah dan Som boleh tumpang bangga. Bukan orang Cina saja yang kaya, orang Melayu pun ada juga.
Orang nak kata apa pun kerana mereka kaya, terpulanglah. Yang penting kaya. Orang nak kata kroni, daddy kasi, atau apa saja katalah. Apa yang penting mereka orang Melayu. Bukan Melayu saja, Melayu kaya.
Bukankah lebih baik kaya daripada miskin? Daripada orang Cina kaya baik orang Melayu kaya. Buat apa dipersoalkan macam mana mereka kaya. Yang penting mereka Melayu kaya-raya. Itu sangat penting. Kesampingkan saja semua yang lain.
Buat apa kita iri hati sesama Melayu. Biarlah mereka kaya macam mana pun. Mereka bangsa kita juga, kulit sawo matang macam kita juga, warga Malaysia juga. Baguslah mereka kaya.
Kita boleh tumpang bangga, tumpang gembira. Bukankan lebih baik mereka kaya daripada orang Cina kaya?
Kalau orang Cina kaya, apa orang Melayu boleh dapat? Jangankan nak dapat apa-apa, nak tumpang bangga pun tidak boleh. Mereka bukan sebangsa dengan kita.
Kalau orang Melayu kaya, sekurang-kurangnya kita boleh tumpang bangga. Ya, bangga.
“Aku bangga sebab bangsa aku ada yang kaya. Bangsa aku bukan lekeh sangat, bukan cabok sangat, bukan bangsat sangat, bukan bodoh sangat, bukan merempat sangat. Buktinya, tengok beberapa kerat bangsaku adalah orang kaya. Bukan kaya tapi kaya-raya. Aku bangga….”
Tiba-tiba Pak At, Din, Kak Piah dan Som teringat nak garu kepala. Nak bangga apa. Mereka kaya pun aku tak dapat apa juga.
Baru Pak At teringat, tayar basikal anaknya yang pecah belum ditukar. Din baru teringat, ubat nyamuk lingkar sudah habis. Kak Piah baru teringat, ikan bilis nak buat nasi lemak untuk diletak di kedai Pak Leh tak beli lagi. Baru Som teringat, baju sekolah anaknya koyak kangkang dan belum dijahit.

Februari 15, 2010

ni satu lagi masalah yang jadi masalah ...

DENGAN gejala sosial yang berleluasa sehingga meningkatnya kes buang bayi yang tidak berdosa dan meningkatnya kes penceraian, saya ingin menggesa supaya pihak kerajaan lebih proaktif dalam menangani masalah itu.




Ini bukan untuk menuding jari, tapi saya kecewa kerana pihak kerajaan lebih memfokuskan kepada usaha memperkasakan wanita daripada hal-hal seperti mempertingkatkan jati diri wanita, mempertingkatkan akhlak/pengetahuan wanita dalam membina keluarga yang cemerlang, memupuk dan mengajak rakyat membina keluarga yang cemerlang.



Banyak masalah sosial yang berlaku pada hari ini berlaku daripada rumah; dengan program-program yang memperkasakan rumah seperti rumahku syurgaku, gejala-gejala ke arah keruntuhan akhlak masyarakat dapat dikurangkan.

Komen-komen selepas peristiwa terjadi tidak memberi erti lagi.[ harakah]

Februari 01, 2010

duit hilang

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.




Guru : “Kenapa menangis?”

Anak : “Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu” (jawabnya sambil menangis)

Guru : “Sudahlah jangan menangis ye…nih Cikgu beri sepuluh ringgit.”



Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.



Guru : “Aik… menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.”

Anak : “Iya Cikgu…tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.”

Guru : “??!!!”