Catatan Popular

Februari 15, 2010

ni satu lagi masalah yang jadi masalah ...

DENGAN gejala sosial yang berleluasa sehingga meningkatnya kes buang bayi yang tidak berdosa dan meningkatnya kes penceraian, saya ingin menggesa supaya pihak kerajaan lebih proaktif dalam menangani masalah itu.




Ini bukan untuk menuding jari, tapi saya kecewa kerana pihak kerajaan lebih memfokuskan kepada usaha memperkasakan wanita daripada hal-hal seperti mempertingkatkan jati diri wanita, mempertingkatkan akhlak/pengetahuan wanita dalam membina keluarga yang cemerlang, memupuk dan mengajak rakyat membina keluarga yang cemerlang.



Banyak masalah sosial yang berlaku pada hari ini berlaku daripada rumah; dengan program-program yang memperkasakan rumah seperti rumahku syurgaku, gejala-gejala ke arah keruntuhan akhlak masyarakat dapat dikurangkan.

Komen-komen selepas peristiwa terjadi tidak memberi erti lagi.[ harakah]

Tiada ulasan: